Wednesday 27 May 2015

Long time, no see....

Please accept my apologies for having been absent from my blog for so long. Entahlah, serious rasa malas skrg nak upadate resepi bagai ni. semua benda nak share. now, concentrate on real life. apetah lagi skrg ni dah kerja. So far,my life so good..ada seorang my fiance yg penyayang and mama papa yg sgt2 prihatin.. :') i will countinue update you as soon as i have to share... ok, till then, take care people... :)

Saturday 9 June 2012

Sweet Brownies


Bahan-bahan 

380 gm tepung gandum
2 biji telur ayam gred A
120 gm mentega 
1 bungkus coklat masakan
120 gm gula 

<tambah mgikut cita rasa>
30 gm minyak masak
1 sudu teh esen vanilla
kacang tanah/walnut

<ikut cita rasa>
Garam secukup rasa

Cara membuat :

1. pukul telur, mentega, gula, minyak masak, dan esen vanilla hingga sebati. Ketepikan.
2. coklat masakan dengan kaedah double boiler.
3. Masukkan tepung gandum, garam,, coklat masakan dan kacang ke dlm adunan telur dan mentega. Gaul rata.
4. bakar selama 30 minit suhu 200/C

 
 

Wednesday 22 February 2012

Cheesecake


 Bahan-bahannye

500 gm Cheese Phadelphia / Anchor
1/2 Tin susu Manis Cap Junjung (tin tinggi)
1    Kotak susu Rendah Lemak/ Susu segar (1 liter)
1    Bungkus Kecil Nestum Original
2    Bungkus Biskut Salt  Cheese

Cara Membuatnya

1. Pukul cheese dgn susu cap junjung hingga sebati.
2. Rendam Biskut Salt Cheese dgn susu rendah lemak (lebih kurang 15 keping loyang)
    *jgn sampai kembang*
3. Sediakan loyang 8"x 8" x 3 inci.
4. Tabur Nestum ke dlm loyang.
5. Susun roti salt cheese di atasnya.
6. Selepas itu sapukan cheese di atas susunan roti tadi.
7. Ulang ketiga-tiga langkah tersebut sehingga adunan habis.
8. Masukkan kek yg telah siap tadi ke dlm peti sejuk selama 4 jam atau sehingga beku.
9. Baru lah potong.. :)

Thursday 6 October 2011

Pizza Simple!


Bahan-bahan:
Kulit Pizza
500gm tepung gandum (Cap Sauh)
1/2 bungkus yis mauripan
1 Cawan air suam
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Inti Pizza
2 Biji bawang besar( Potong Dadu)
6 hot dog (Dihiris)
Mayonis
Sos Cili
Sayur campur (kacang hijau yg mentah, lobak di potong dadu, jagung)
Lada hitam serbuk,garam secukupnya.
Cheese slice ikut suka korang byk mana la ek.

Cara membuatnya:
1.Utk kulit. Gaul Tepung bersama yis + garam + air suam uli hingga m'jad doh.
2.Masuk minyak dan uli lg hingga sebati dan tak melekat di tangan biarkan doh naik sedikit uli lg dan canaikan di atas dulang yg telah griskan dgn butter atau marjerin.
3.Inti Pizza:- bawang besar + hot dog + lada hitam + garam + sayur campur + mayonis + sos cili, then gaulkan sama rata.
4.Letakkan inti diatas kulit pizza dan ratakan tabur inti pizza dan cheese. Bila kulit dah naik sket bolehlah bakar dgn suhu 190"c 20 min.
5.Pizza dah siap untuk dimakan!

Hasilnya agak membanggakan.... yipieeeeeeeee !